Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warganegara tempatan maut dipercayai terjatuh dari tingkat 32 bangunan Empire City Damansara, dekat sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Shahrulnizam Ja’afar berkata, pihaknya menerima aduan kejadian daripada seorang lelaki pada jam 5.20 petang hari yang sama.

“Pihak perubatan dari Hospital Sungai Buloh yang turut hadir di lokasi mengesahkan kematian lelaki terbabit,” katanya menerusi kenyataan.

Sehubungan itu jelas beliau, pihaknya membuka kertas siasatan di bawah kematian mengejut untuk siasatan lanjut.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini diminta tampil ke mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan atau menghubungi penyiasat kes yang juga Ketua Polis Balai Damansara Ins Haffizul Mohd Noor di talian 016-2236804 atau Balai Polis Damansara di talian 03-77222222 atau IPD Petaling Jaya di talian 03-79662222,” jelasnya.

Ia merupakan kes terjatuh bangunan kedua dalam masa kurang 24 jam pada hari yang sama.

Terdahulu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya melaporkan seorang lelaki berusia 56 tahun maut selepas dipercayai terjatuh daripada tingkat 15, Kondominium Palm Spring, Kota Damansara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast