KUALA LUMPUR – Seorang lelaki tersepit dalam kemalangan melibatkan tujuh kenderaan di Kilometer 14.4 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), laluan Subang ke Damansara, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya menerima laporan berhubung insiden itu pada jam 8.56 malam.

Susulan itu, seramai 10 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Damansara dikejarkan ke lokasi bagi membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Kemalangan itu membabitkan tujuh kenderaan iaitu sebuah Proton X70, Proton Saga,Toyota Camry, Mazda, Perodua Axia dan dua Toyota Hilux.

“Terdapat seorang mangsa lelaki tersepit merupakan warga tempatan berusia 36 tahun berada di dalam kereta Toyota Camry dan berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba.

“Mangsa kemudian diserahkan kepada pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Difahamkan, kemalangan itu menyebabkan lorong kanan dan lorong tengah lebuh raya terbabit terhalang yang dikongsikan pihak PLUS.

Malah kemalangan arah ke utara itu turut menyebabkan kesesakan hampir empat kilometer di laluan berkenaan. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast