Pergelutan di sebuah restoran yang dirakam CCTV.

KUALA LUMPUR – Tindakan seorang pelanggan sebuah restoran di Taman Rhu Kuala Selangor yang tiba-tiba menampar pelanggan lain menjadi punca tercetusnya pergelutan 10 lelaki tempatan pada 10 November lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Supt Azaharudin Tajudin berkata, pihaknya menerima laporan kejadian lebih kurang 3.52 petang daripada pemilik restoran.

“Pengadu merupakan pemilik kedai tersebut telah meleraikan pergaduhan dan meminta mereka keluar dari kedai.

“Suspek juga telah menterbalikkan sebuah meja di dalam kedai,” katanya menerusi kenyataan.

Menurut beliau, sehingga kini pihaknya masih mengesan suspek yang terlibat dalam pergaduhan tersebut.

Katanya, polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 160/427 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu,  Azaharudin menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian supaya menghubungi Bilik Gerakan IPD Kuala Selangor di talian 03-20891222 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Baru-baru ini, tular di aplikasi Telegram satu video yang memaparkan pergaduhan di sebuah kedai makan sekitar daerah ini melalui kamera litar tertutup (CCTV).

Video berdurasi tiga minit 10 saat itu mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya.-MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast