Zainul Rijal Abu Bakar. foto Facebook

KUALA LUMPUR – Nama Tun Daim Zainuddin telah pun dibersihkan oleh Mahkamah Sesyen di sini apabila ia memerintahkan Allahyarham dilepas dan dibebaskan hari ini.

Penasihat Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar juga berkata, orang ramai janganlah lalu emosi dengan keputusan Peguam Negara yang menarik balik prosiding terhadap Allahyarham.

Jelasnya, kuasa untuk memula menerus dan memberhenti prosiding jenayah adalah di tangan Peguam Negara (yang juga Pendakwa Raya) menurut Perlembagaan Persekutuan.

“Bagaimana mahkamah hendak meneruskan prosiding dengan kematian Tun Daim? Jika mahkamah memutuskan diakhir pendakwaan Tun Daim perlu membela diri bagaimanakah pembelaan itu dapat dilakukan.

“Jika sebaliknya mahkamah akan membebaskan Tun Daim yang sebenarnya telah bebas dari urusan dunia. Begitu juga hukuman yang hendak dilaksanakan jika Tun Daim didapati bersalah, bagaimana hendak dilaksanakan?,” katanya yang mengulas keputusan Mahkamah Sesyen hari ini.

Lantaran itu, memang seharusnya pihak pendakwaan menarik balik pertuduhan dan mahkamah melepas dan membebaskan Allahyarham Daim.

Hakim Azura Alwi memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin mengikut Seksyen 254(3) Kanun Prosedur Jenayah (CPC).

Pihak pendakwaan tidak berniat untuk meneruskan kes berkenaan kerana Daim selaku tertuduh sudah meninggal dunia.

Menjelas lanjut, Zainul Rijal berkata, proses di dalam prosiding jenayah lazimnya memerlukan kehadiran tertuduh kerana tertutduh berhak mengetahui apa yang berlaku di dalam prosiding mahkamah bagi memberi peluang untuk menyediakan pembelaan jika perlu.

Situasi kes ini berbeza daripada kes Karpal Singh yang didapati bersalah selepas perbicaraan penuh dijalankan di mahkamah tinggi dan gagal di Mahkamah Rayuan.

Mendiang Karpal Singh merayu ke Mahkamah Persekutuan tetapi meninggal sebelum rayuan diputuskan.

“Dalam kes Karpal Singh perbicaraan telah dijalankan sepenuhnya. Ia diperingkat rayuan. Rayuan inipun diteruskan oleh Gurmit balu mendiang Karpal Singh atas alasan ia akan membersihkan nama Karpal Singh jika rayuan diterima dan segala pencen dan faedah sebagai wakil rakyat boleh dinikmati keluarga,” ujarnya. – MalaysiaGazette

[Kemas Kini] – Allahyarham Tun Daim dilepas dan dibebas daripada pertuduhan gagal isytihar harta

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast