Barisan pelakon bergambar pada sidang media Pementasan Teater Purbawara Muzikal Sulalatus Salatin - Kemaharajaan Maritim Selat Melaka 2024 di Menara Dean Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 20 NOVEMBER 2024

KUALA LUMPUR – Karya Agung Sulalat ‘Us Salatin: Sebuah Kemaharajaan Maritim bakal menggemparkan Auditorium Panggung Seri Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Melaka pada 20 hingga 22 Disember akan datang.

Teater itu merupakan kolaborasi antara Persatuan Gerakan Anak Seni serta CTRA Production dan JKKN Melaka.

Timbalan Ketua Pengarah JKKN Sektor Kebudayaan dan Kesenian, Rosnan Nordin berkata, pihaknya telah berusaha untuk melestarikan satu-satunya naskhah yang telah mendapat pengiktirafan daripada UNESCO itu.

“Pementasan Purbawara Muzikal itu juga dapat menjadi satu medium pendidikan dalam mengetengahkan teras dan nilai madani yang secara tidak langsung dapat diaplikasikan dalam kehidupan bermasyarakat.

“Apabila naskhah agung yang tinggi nilainya itu diolah kembali, ia sekaligus dapat membantu generasi muda menghayati karya klasik yang tinggi nilainya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media Purwabara Muzikal: Sulalat ‘Us Salatin Sebuah Kemaharajaan Maritim di Dewan Bahasa dan Pustaka, di sini, hari ini.

Teater itu bakal dikomersilkan oleh para penyedia skrip yang panelnya terdiri daripada Siti Rohayah Atan, Siti Jasmina Ibrahim dan Ezee Klasik.

Manakala penataan audio dan muzik Asry Hassan, koreografi indah oleh A. Aris Kadir serta Siso untuk susunan kata gramatis bagi memberi penghayatan dan estetikanya sampai kepada penonton.

Pelbagai peristiwa dalam sejarah Melayu seperti Kisah Tun Jana Khatib di Temasek dan kebijaksanaan Hang Nadim sewaktu Singapura dilanggar Todak akan digarap untuk dipentaskan.

Mereka yang berminat boleh melayari laman sesawang JKKN iaitu di www.jkkn.gov.my ataupun melalui pautan laman Facebook rasmi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here