KUALA LUMPUR – Seorang paderi di New York, Monsignor Jamie Gigantiello, dilucutkan tugasnya selepas membenarkan penyanyi pop, Sabrina Carpenter merakam adegan provokatif di dalam gereja Our Lady of Mount Carmel.
Rakaman untuk muzik video Feather itu menampilkan imej Sabrina di atas altar dan salib sambil mengeluarkan kata-kata kesat.
Wakil pihak gereja, Bishop Robert Bennan berkata, siasatan terhadap video itu dilancarkan dan siasatan mendapati Gigantiello telah melanggar pelbagai peraturan.
“Rakaman muzik video itu juga tidak mengikuti prosedur rakaman yang telah ditetapkan.
“Ini termasuk penggunaan kad kredit gereja untuk kegunaan peribadi dan pemindahan hampir AS$2 juta dana gereja ke akaun bank yang berkaitan dengan bekas kakitangan Datuk Bandar New York, Eric Adams.
“Oleh itu, dia telah dihentikan serta merta daripada semua peranan pentadbiran termasuk untuk pembangunan gereja,” katanya.
Pihaknya juga telah melantik pengganti paderi itu untuk memastikan kelancaran pentadbiran gereja.
Sebelum ini, Gigantiello mengakui bahawa perbuatannya membenarkan rakaman itu berlaku dari silapnya membuat pertimbangan.
Susulan itu, muzik video Sabrina mencetuskan kemarahan dalam kalangan jemaah dan pihak gereja, yang menyifatkannya sebagai melanggar kesucian gereja. – Agensisabri