Pengembara luar negara beratur untuk membuat pemeriksaan dokumen di kaunter Jabatan Imigresen ketika Pelaksanaan 'Quick Response Team' (QRT) Mengatasi Kesesakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang. Foto MUHD NA’IM, 01 FEBUARI 2023.

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menegaskan insiden pengembara warga asing dikasari di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 tidak melibatkan warga kerjanya.

Ketua Pengarah JIM Datuk Zakaria Shaaban berkata, pihaknya komited dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dan juga pengembara asing yang memasuki Malaysia.

Tegas beliau, dalam memberikan kemudahan kemasukan di KLIA, JIM bertanggungjawab memastikan keselamatan negara tidak dikompromi.

Setiap pengembara warga asing yang ingin masuk ke Malaysia perlu memenuhi syarat-syarat kemasukan sebelum diberikan kemudahan imigresen untuk memasuki negara ini.

Bagi pengembara warga asing yang tidak dapat memenuhi syarat, satu Notis Penolakan Masuk (Not To Land – NTL) akan dikenakan, jelas beliau.

“Berdasarkan Seksyen 24, Akta Imigresen 1959/63, pengembara warga asing yang telah dikenakan notis NTL, akan diserahkan kepada syarikat penerbangan untuk diuruskan penghantaran pulang ke tempat embarkasi terakhir.

“Syarikat penerbangan bertanggungjawab memastikan pengembara yang telah di NTL untuk dihantar pulang dengan segera,” ujarnya yang mengulas video tular seorang seorang pengembara warga asing yang dikenakan NTL di KLIA didakwa dilayan secara kasar termasuk ditumbuk oleh seorang pegawai baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Zakaria berkata, sementara menunggu untuk dihantar keluar, pengembara warga asing yang telah di NTL akan ditempatkan di ruang yang dikhaskan di holding lounge (HL).

Ruang ini berhawa dingin, mempunyai kerusi menunggu dan berdekatan dengan kemudahan asas seperti tandas.

Malah, kata Zakaria, mereka juga diberikan makanan tiga kali sehari oleh syarikat penerbangan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here