Nahas yang berlaku di KM164 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) membabitkan tiga buah kenderaan mengorbankan nyawa seorang wanita hari ini

MARAN – Seorang penjual cendol maut dalam nahas membabitkan tiga buah kenderaan di Kilometer 164 Lebuhraya Pantai Timur arah timur, awal pagi ini.

Ketua Polis Maran, Superintendan Wong Kim Wai berkata, mangsa, Siti Hajariah Zolkifli, 45, disahkan meninggal dunia di lokasi nahas akibat kecederaan parah.

“Manakala pemandu kereta yang dinaiki bersama mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan sedang dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS).

“Dua lagi mangsa daripada dua kenderaan berasingan tidak mengalami kecederaan.

“Polis menerima laporan kemalangan membabitkan dua buah kereta iaitu Honda City dan Toyota Vios serta sebuah lori Nissan berlaku dalam kejadian 7.23 pagi tadi,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Siasatan awal yang dijalankan mendapati insiden berlaku apabila pemandu Honda City yang datang dari arah Bentong menghala ke Kuantan.

Apabila sampai di tempat kejadian tiba-tiba beliau terlanggar bahagian belakang lori yang yang sedang bergerak di lorong diri hadapannnya.

Akibat daripada pelanggaran itu, kereta Honda dinaiki kedua-dua mangsa telah melintang di tengah-tengah jalan.

Katanya, pada masa yang sama kereta Toyota Vios yang datang dariarah belakang tidak sempat mengelak lalu melanggar kereta mangsa pada bahagian sisi sebelah kiri. 

“Akibat daripada kemalangan ini, mangsa wanita berkenaan telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh staf Klinik Kesihatan Maran,” tambahnya.

Mayat mangsa dibawa ke HOSHAS bagi tujuan bedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast