Bendera Qatar

KUALA LUMPUR – Pemimpin kanan kumpulan Hamas dan tokoh lain dalam pasukan perundingannya tidak lagi berada di Doha, Qatar.

Jurucakap Kementerian Luar Qatar berkata, pejabat itu tidak lagi berfungsi kerana Qatar telah menggantung usaha perantaranya terhadap perjanjian gencatan senjata Gaza.

Namun, ia tidak akan ditutup secara kekal.

Seorang pegawai Palestin memberitahu media tempatan bahawa pasukan Hamas telah menyesuaikan keberadaan mereka di rantau ini.

“Tetapi, mereka mengambil keputusan untuk merahsiakan lokasi mereka bagi mengelakkan rasa malu terhadap negara tuan rumah.

“Ada kemungkinan mereka berada di Turki kerana salah seorang pegawai Hamas iaitu Khalil Al Hayya kerap kali ke sana dalam tempoh dua bulan lalu,” tambahnya.

Beliau turut menafikan bahawa Qatar telah menghalau Hamas untuk meninggalkan negara itu secara rasmi.

Sebaliknya, mereka hanya berhati-hati akan pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dan akan datang, Donald Trump yang baru sahaja memenangi pilihan raya AS.

“Qatar telah menjadi tuan rumah biro politik Hamas sejak tahun 2012 serta memainkan peranan penting dalam setiap perundingan tidak langsung antara kumpulan itu dan Israel.

“Namun, perkembangan terkini menunjukkan perubahan dalam hubungan mereka,” ujarnya.

Awal bulan ini, Qatar mengumumkan bahawa negara itu telah menghentikan usaha untuk menjadi perantara gencatan senjata Gaza dan menyatakan bahawa ia hanya akan diteruskan “apabila pihak terlibat bersedia dan bersungguh untuk menghentikan perang kejam”.

Tetapi, Qatar menafikan laporan bahawa pemimpin Hamas telah diminta meninggalkan negara itu. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here