Gambar hiasan

MOSCOW – Rusia memberi amaran kepada Ukraine bahawa Penggunaan Sistem Peluru Taktikal Tentera (ATACMS) akan menyebabkan berlakunya fasa baharu perang.

Kementerian Pertahanan Rusia berkata, Ukraine telah melancarkan enam peluru berpandu ke wilayah Bryansk dan lima daripadanya dipintas kumpulan pertahanan udara dan satu lagi peluru berpandu itu mengalami kerosakan.

Peluru berpandu buatan Amerika Syarikat (AS) itu digunakan untuk menyerang fasiliti ketenteraan di kawasan berkenaan malam kelmarin.

Susulan itu, Menteri Luar Rusia, Serget Lavrov berkata, tindakan itu jelas mereka ingin mencetuskan konflik lagi besar.

“Kami menganggap ini sebagai fasa baharu perang Barat terhadap Rusia. Jadi, kami akan membalas sewajarnya.

“Saya juga percaya ada pihak lain turut membantu Kyiv dalam operasi peluru berpandu itu,” katanya dalam satu sidang media, semalam.

Beliau turut menggesa Barat untuk memahami perintah atau perjanjian yang ditandatangani Presiden Rusia, Vladimir Putin untuk mengurangkan penggunaan ambang senjata nuklear. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here