Keempat-empat suspek lelaki berusia antara 20-an hingga 40-an telah ditahan kira-kira jam 5 hingga 6 petang semalam ketika hadir bagi memberi keterangan di Pejabat SPRM Negeri Sembilan.

KUALA LUMPUR  – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan telah menahan reman empat penguat kuasa disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM1,000 daripada seorang individu sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang bagi kesalahan cukai jalan dan permit PUSPAKOM yang telah tamat tempoh.

Perintah reman selama empat hari sehingga 23 November 2024 telah dikeluarkan oleh Majistret Nurul Azuin Mohd Talhah selepas SPRM membuat permohonan tersebut di Mahkamah Majistret Seremban, Negeri Sembilan, pagi tadi.

Menurut sumber, keempat-empat suspek lelaki berusia antara 20-an hingga 40-an telah ditahan kira-kira jam 5 hingga 6 petang semalam ketika hadir bagi memberi keterangan di Pejabat SPRM Negeri Sembilan.

“Siasatan awal mendapati kesemua suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut pada 12 November lalu di Lebuhraya PLUS berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Seremban.

“Salah seorang suspek disyaki menerima wang rasuah melalui transaksi pindahan ke akaun bank milik seorang individu lain (pihak ketiga) berjumlah RM1,000,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here