Suspek yang memegang kad UNHCR dibawa ke Mahkamah Butterworth untuk permohonan sambung reman hari ini.

BUTTERWORTH – Tempoh tahanan reman suspek warga asing yang mengorek bebola mata kiri lelaki tempatan sehingga mengalami kecacatan kekal dalam kejadian di sebuah flat di Tasek Gelugor dekat sini, pada Sabtu lalu disambung tiga hari lagi.

Perintah reman bermula esok sehingga 23 November dikeluarkan Majistret Norhidayati Mohammad Nasroh terhadap lelaki berusia 28 tahun itu bagi membolehkan sisasatan lanjut mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Suspek yang memegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Husna Ridzuan.

Terdahulu, suspek tiba di pekarangan mahkamah diiringi anggota polis pada jam 10.45 pagi.

ARTIKEL BERKAITAN

Lelaki hilang bebola mata kiri dikorek suspek warga asing

Mula perang mulut akhirnya korek mata – Polis

MalaysiaGazette sebelum ini melaporkan polis sedang melengkapkan siasatan kes lelaki tempatan hilang bebola mata kiri akibat dikorek suspek warga asing dalam kejadian di tepi jalan Flat Rathina, Jalan Ara Kuda, Tasek Gelugor dekat sini, pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, hasil siasatan mendapati berlaku pertengkaran mulut antara mangsa berusia 52 tahun dengan suspek berumur 28 tahun sebelum berakhir dengan pergaduhan.

“Mangsa kini masih menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

“Keadaan mangsa semakin pulih dan mengalami kecacatan kekal akibat insiden tersebut,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here