AMSTERDAM- Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu serta bekas Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant dan pemimpin Hamas, Mohamed Deif.
Ia susulan hakim-hakim memutuskan tiga individu berkenaan bertanggung jawab melakukan jenayah perang dan keganasan terhadap kemanusiaan.
“Mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadap dua individu iaitu Benjamin Netanyahu dan Yoav Gallant kerana melakukan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan bermula pada sekurang-kurangnya 8 Oktober 2023 sehingga sekurang-kurangnya 20 Mei 2024 iaitu hari yang mana pihak pendakwaan memfailkan permohonan waran tangkap,” kata ICC yang berpangkalan di The Hague, Belanda dalam satu kenyataan.
Tambah kenyataan itu lagi, waran tangkap turut dikeluarkan kepada Deif yang merupakan pemimpin pejuang Hamas. -AFP