Naazron (tengah) bersama Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen POlis Selangor Senior Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran dan Ketua JSJ Komersial Selangor SAC Datuk Saiman Kasran di Majlis Pelupusan barang kes jenayah dan komersial IPD Kajang di Balai Polis Bandar Baru Bangi hari ini.

BANGI – Polis pada hari ini telah melupuskan barang kes membabitkan siasatan jenayah dan komersial bernilai hampir RM1.19 juta di bawah pentadbiran daerah Kajang.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pelupusan kesemua barang kes itu dilaksanakan mengikut peraturan undang-undang di bawah Perintah Tetap Ketua Polis Negara dan peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 406 A, Kanun Prosedur Jenayah.

Katanya, pelupusan barang kes jenayah hari ini melibatkan kes jenayah kontraban iaitu rokok dan minuman keras tidak bercukai, mesin judi, mesin bitcoin pelbagai jenis.

“Bagi kes siasatan jenayah komersial, barang yang dilupuskan adalah mesin komputer, telefon bimbit, kad ATM, kertas dokumen, cakera padat video dan cakera padat digital, serta barang-barang kes am bagi tempoh 2019 hingga 2024 bernilai RM1,876,700.

SAC Wan Kamarul Azran gimik pelupusan Barang Kes Jenayah dan Komersial IPD Kajang di Balao POlis Bandar Baru Bangi hari ini.

“Pelupusan hari ini melibatkan sebanyak 275 kertas siasatan jenayah erta 38 kertas jenayah komersial dari IPD Kajang yang mana kesemua siasatan telah berjaya diselesaikan dengan tindakan pendakwaan dan pesalah sudah dijatuhkan hukuman sebelum mendapat arahan pelupusan oleh pendakwaan dengan kelulusan mahkamah,” katanya pada Majlis Pelupusan Barang Kes Jenayah dan Komersial IPD Kajang di Balai Polis Bandar Baru Bangi hari ini.

Tambah Naazron lagi, dalam proses pelupusan hari ini melibatkan rampasan 1504 set mesin slot judi, komputer, komputer riba , telefon bimbit amplifier dan pembesar suara yang bernilai RM109,400.

Naazron dalam Majlis Pelupusan barang kes Jenayah dan Komersial IPD Kajang di Balai Polis Bandar Baru Bangi pagi hari ini.

Malah, katanya, bagi barang kes kontraban rokok dan minuman keras tidak bercukai melibatkan rampasan 572 tin minuman keras, 23,469 botol arak serta 4018 karton bersama 3,400 kotak rokok pelbagai jenama berjumlah hampir mencecah nilai sejuta ringgit iaitu RM908,700.

“Pelupusan turut melibatkan barang kes bitcoin iaitu 713 mesin bitcoin bersama 84 unit perkakasan dengan nilai rampasan berjumlah RM161,600.

“Barang kes Op Merpati (pusat panggilan scammer) melibatkan sebanyak 127 set komputer riba, 411 telefon bimbit, 13 kad ATM dan barang kes am termasuk 173,065 cakera padat video dan digital (VCD/DVD) membabitkan rampasan berjumlah 697,000 serta 175 plastik hitam dan 30 bungkusan berisi dokumen.

“Barang kes yang mendapat kelulusan mahkamah Majistret Kajang dan Bandar Baru Bangi bagi tujuan pemusnahan akan dilupuskan dengan cara musnah iaitu menggunakan kaedah e-waste (sisa elektronik dan jualan sisa besi dan pepejal,” tegasnya lagi.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here