PUTRAJAYA – Jenazah Nurulhuda Ramli yang meninggal dunia selepas kereta dinaikinya bersama tiga individu lain dalam nahas berhampiran IOI Conezion Putrajaya, di sini, awal pagi tadi dibawa keluar dari hospital pada jam 6.40 petang.

Nurulhuda, 41, merupakan ibu tunggal kepada lima anak itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah Fasa 2, Batu Caves, Selangor.

Tinjauan MalaysiaGazette mendapati, kesemua ahli keluarganya termasuk ibu allahyarhamah hadir di Unit Forensik Hospital Putrajaya bagi proses tuntutan jenazah sejak jam 4 petang.

Terdahulu, empat mangsa dilaporkan maut melibatkan sebuah kenderaan jenis Perodua Viva dalam nahas berhampiran IOI Conezion Putrajaya, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi kereta itu dipandu dari arah Kajang menghala ke Putrajaya.

Katanya, kereta terbabit hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar penghadang jalan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here