Tiga maut dalam kemalangan berhampiran IOI Putrajaya, pada Khamis. Foto: Bomba Selangor

KUALA LUMPUR – Tiga mangsa termasuk seorang wanita hamil maut manakala seorang lagi wanita yang juga hamil parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas berhampiran IOI Putrajaya di sini malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada pukul 12.10 tengah malam.

Susulan itu, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cyberjaya telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Kereta yang dinaiki mangsa dipercayai terbabas sendiri dan terdapat empat mangsa warga tempatan iaitu dua lelaki dan dua wanita hamil dalam kereta jenis Perodua Viva terbabit.

“Kesemua mangsa berusia lingkungan 20 hingga 40-an dan seorang wanita dilaporkan parah dan telah dikejarkan ke Hospital Putrajaya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Ahmad Mukhlis, tiga lagi mangsa iaitu dua lelaki dan seorang wanita disahkan meninggal dunia dan kesemua mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast