KUALA LUMPUR – Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Kelantan memohon kerjasama orang ramai untuk memberikan maklumat mengenai lima individu yang yang disyaki terlibat dalam kes berkaitan kawalan bekalan barang.
Lima Individu yang dikehendaki terbabit merupakan warganegara Malaysia dikehendaki bagi pertuduhan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Mereka yang dicari adalah Afiq Hazwan Azmi, 24, beralamat di Kampung Padang Kala, Ketereh;Mohd Salman Hassan, 29, beralamat di No 268A, Taman Kala Perdana, Jalan Peringat, Kota Bharu dan Mohd Shaifuddin Hassan, 45, beralamat di Lot 2056, Kampung Keting Gunung, Bachok.
Selain itu, Mohd Nor Othman@Salleh, 36, beralamat di Lot 150, Jalan Kampung Gong Kala, Sungai Petai, Pasir Puteh;Tan Chak Kee, 55, beralamat di 4092 Jalan Krai Central Park 1, Kuala Krai juga dicari KPDN.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta untuk menghubungi pejabat KPDN Negeri Kelantan atau melaporkannya kepada pihak berkuasa dengan segera, kata satu kenyataan hari ini.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat yang dipohon boleh menghubungi terus pegawai penyiasat KPDN Kelantan di talian 019-655 6497 pada bila-bila masa. – MalaysiaGazette