Bangunan Wisma Putra Kementerian Luar Negeri di Putrajaya. Foto HAZROL ZAINAL, 18 APRIL 2022.

KUALA LUMPUR- Malaysia amat kecewa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sekali lagi untuk menerima pakai satu resolusi yang bertujuan mengenakan gencatan senjata dan memudahcara penyaluran segera perkhidmatan asas dan bantuan kemanusiaan di Gaza.

Sedangkan resolusi itu telah mendapat sokongan majoriti anggota Majlis Keselamatan PBB (UNSC), namun digagalkan melalui penggunaan kuasa veto pada 20 November 2024.

Kementerian Luar Negeri berkata, penggunaan kuasa veto telah mematahkan harapan masyarakat antarabangsa untuk menamatkan jenayah genosid di Gaza.

Ia juga menjejaskan usaha-usaha berterusan untuk mencari jalan penyelesaian kepada krisis ini.

“Malaysia menggesa agar Majlis Keselamatan PBB mengambil tindakan yang tegas bagi menamatkan bencana kemanusiaan di Gaza, dan melaksana peranan utamanya untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa, mempertahankan prinsip-prinsip asas yang termaktub dalam Piagam PBB dan melindungi kedaulatan undang-undang antarabangsa,”

“Malaysia kekal bersolidariti dengan Palestin, dan mengulangi komitmennya yang tidak berbelah bahagi untuk mencari jalan penyelesaian yang aman dan berkekalan dalam isu Palestin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Untuk rekod, pada Rabu, resolusi UNSC yang meminta gencatan senjata segera, tanpa syarat dan kekal” di semenanjung Gaza digagalkan oleh Amerika Syarikat yang menggunakan kuasa vetonya, sekali gus menafikan undian 14 ahli lain dalam Majlis berkenaan. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here