Foto: Fb Balai Bomba Dan Penyelamat Kapit

KAPIT- Jurumudi yang dilaporkan hilang dalam kejadian bot karam di hilir Jeram Pelagus pada Selasa lepas ditemukan lemas oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit yang juga komander operasi SAR, Timothy Barat berkata, mayat Bubut Benang, 57, yang juga Tuai Rumah ditemukan kira-kira 3.30 petang di Nanga Makoh.

Mayat kemudian dibawa ke jeti Kapit sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Dengan penemuan itu, operasi SAR yang memasuki hari kedua ditama tkan pada 4.50 petang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Operasi hari ini yang bermula 8 pagi tertumpu di kawasan lingkungan 30 kilometer dari lokasi kejadian.

Dalam kejadian itu, mangsa dilaporkan hilang manakala isteri dan pekerjanya selamat selepas bot yang mereka naiki terlanggar batu di hilir Jeram Pelagus ketika dalam perjalanan dari Rumah Belaja di Nanga Benin menuju ke pekan Kapit. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here