BAITULMAQDIS – Ketua Staf Brigade Golani cedera selepas berhadapan dengan pejuang Hizbullah di sebuah kampung di selatan Lubnan, pagi semalam.

Pemerintah tentera Israel berkata, kejadian berlaku ketika Kolonel Yoav Yarom, seorang bekas pegawai tentera dan seorang penyelidik geologi memasuki sebuah kampung.

Menurut media Israel, penyelidik Zeev Erlich, 71, memohon untuk melawat tapak arkeologi di kawasan tersebut.

Bagaimanapun, Yarom, Erlich dan beberapa anggota tentera dari briged tersebut diserang hendap oleh dua pejuang Hizbullah.

Lawatan Erlich di selatan Lubnan tidak mendapat kebenaran pemerintah tentera Israel dan pegawai kanan yang cedera itu kini disasat kerana mengiringi Erlich ke tapak tersebut.

Pejuang Hizbullah yang melakukan serang hendap itu membunuh Erlich yang mengenakan pakaian tentera disamping seorang anggota tentera yang identitinya dan lokasi kejadian tidak didedahkan.

Sementara itu, pemerintah tentera Israel mengakui kematian seorang anggota yang berkhidmat dengan unit elit, Magalan selepas sebuah rumah di timur Lubnan runtuh.

Terdahulu, media Israel melaporkan lima angoota tentera terbunuh dan enam lagi cedera selepas sebuah bangunan dibom di selatan Lubnan.

Menurutnya, unit Maglan terperangkap dengan serangan hendap Hizbullah di selatan Lubnan dengan operasi mengeluarkan mereka mengalami kesukaran.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan 84 kematian baharu dilaporkan, dengan 38 kes direkodkan bahagian utara dalam tempoh 24 jam.

Kementerian tersebut berkata, jumlah anggota tentera yang dimasukkan di hospital mencecah 22,484 orang sehingga Oktober.

Bagaimananpun, pemerintah tentera Israel berkata, 45 anggota terbunuh di selatan Lubnan semasa pencerobohan dilakukan manakala kumpulan Hizbullah mengesahkan jumlah kematian tentera pennceroboh adalah seramai 110 orang ketika bertempur. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here