Onn hafiz ketika membentangkan Belanjawan Johor 2025 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, hari ini.

ISKANDAR PUTERI – Kerajaan Johor mengumumkan insentif khas kewangan sebanyak dua bulan gaji kepada kira-kira 17,704 penjawat awam negeri ini.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan perkara itu ketika membentangkan Belanjawan Johor 2025 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di sini hari ini.

Jelasnya, pemberian bantuan khas kewangan tersebut turut diberikan kepada kakitangan kerajaan Persekutuan yang dibayar gaji oleh kerajaan negeri.

“Semoga insentif ini menjadi motivasi untuk meningkatkan kecemerlangan dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada Bangsa Johor,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here