PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

ALOR SETAR – Polis menahan tiga pengawal keselamatan bagi membantu siasatan berhubung kes pecah amanah melibatkan wang tunai RM200,000 milik sebuah syarikat keselamatan di Mergong pada Selasa.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Supt Syed Basri Syed Ali berkata, suspek berusia 28 hingga 38 tahun itu ditahan di Balai Polis Alor Setar sekitar 12 tengah hari selepas diambil keterangan kononnya van syarikat yang dinaiki mereka disamun dan wang tunai RM200,000 telah dilarikan di sekitar Mergong.

“Helah tak menjadi apabila polis akhirnya berjaya menghidu dakwaan disamun itu rekaan semata-mata dan banyak mencurigakan. Kita tahan mereka dan berjaya mendapatkan semula wang tunai RM200,000 berkenaan

“Duit ini berjaya diperoleh semula di beberapa lokasi yang disembunyikan di sekitar Alor Setar susulan itu pihak pengurus syarikat turut membuat laporan polis terhadap ketiga-tiga pekerja berkenaaan untuk siasatan,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Kesemua suspek direman tiga hari bermula semalam.

Syed Basri berkata, hasil semakan rekod lampau mendapati kesemua suspek tiada rekod jenayah  bagaimanapun dua daripada mereka positif dadah jenis methamphetamine.

Polis turut merampas sebuah motosikal serta telefon bimbit milik suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here