garbage disposal solid waste landfill Selangor
Ng Sze Han

KUALA LUMPUR – Nilai dagangan Selangor mencecah RM639.2 bilion impak daripada penyertaan negara dalam Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).

Menurut Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Selangor, Ng Sze Han, rekod bagi tempoh Januari hingga September 2024 tersebut menunjukkan peningkatan sebanyak 13.9 peratus berbanding tahun lalu.

Peningkatan signifikan itu turut dipengaruhi Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).

“Merujuk rekod jumlah eksport negara, prestasi perdagangan Selangor meningkat, memberangsangkan dan menunjukkan impak positif selepas penglibatan Malaysia dalam RCEP dan CPTPP pada 2022,” katanya Ketika persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Jelas Sze Han, negeri itu dalam masa yang sama juga menyumbang 23.7 peratus iaitu RM264 bilion kepada eksport negara.

Manakala RM375.2 bilion untuk import negara.

Beliau berkata, produk dagangan utama negeri itu termasuklah jentera dan kelengkapan serta perkilangan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast