Yaya Empire Perfume kini berjaya menembusi pasaran di negara jiran seperti Indonesia dan Singapura, Thailand dan Korea Selatan.

KUALA LUMPUR – Syarikat bumiputera, Yaya Empire Perfume kini mengambil pendekatan serampang dua mata dalam operasi bagi mengukuhkan jenamanya di pasaran secara meluas.

Pengasas syarikat, Nadia Mat Isa berkata, strategi itu berhasil apabila inisiatif tajaan bagi acara anjuran syarikat lain telah berjaya menambah jualan syarikat.

Menurut beliau, ia juga dapat memberi peluang kepada syarikatnya bekerjasama dengan beberapa usahawan berjaya lain sekali gus dapat mempromosi produk sedia ada kepada pelanggan baharu.

“Sebagai contoh kami menaja Fantastic Food Festival anjuran Kak Nab di Alor Star yang mempunyai ramai usahawan terkenal serta mempunyai pengikut dan pelanggan yang ramai.

“Pada acara yang berlangsung di Kedah baru-baru itu terdapat lebih setengah juta orang menonton acara tersebut sekali gus mereka memberi sokongan kepada usahawan yang mengambil bahagian,” katanya dalam kenyataan baru-baru ini.

Yaya Empire Perfume mengeluarkan produk wangian yang berkualiti dan kini telah berjaya menembusi pasaran di negara jiran seperti Indonesia dan Singapura, Thailand dan Korea Selatan.

Mengulas lanjut, Nadia menambah, syarikat kini mempunyai 1,500 usahawan sehingga kini di mana 99 peratus adalah golongan wanita dan suri rumah.

Katanya, ia sekali gus membuka peluang pekerjaan para wanita terpaksa berusaha gigih untuk menjana pendapatan dalam mengharungi kehidupan begitu mencabar hari ini.

“Lebih menarik, ada usahawan Yaya Empire yang sudah menjana pendapatan mencecah tujuh angka sebulan bermula dengan modal awal hanya RM80 sahaja.

“Kita sedia membimbing usahawan baharu asalkan mereka rajin dan berusaha bersungguh-sungguh,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast