Datuk Dr. Mohd Zakaria Ibrahim membuat gimik perlepasan kepada sebahagian peserta Asean Hope pada semalam

KUANTAN – Seramai 20 ahli Pengakap memulakan misi Asean Hope menjelelajah ke tiga buah negara bagi melakukan aktiviti kemasyarakatan dan kesukarelawan.

Pengerusi Majlis Pengakap Negeri Pahang, Datuk Dr. Mohd Zakaria Ibrahim berkata misi berkenaan diadakan selama 12 hari melibatkan 14 peserta dan enam urusetia bagi mereka melengkapkan lencana pengembaraan dan perkhidmatan.

“Semoga pengembaraan kali ini dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada komuniti setempat di semua negara.

“Jagalah nama baik negeri Pahang dan Persekutuan Pengakap Malaysia, bawa nama baik ini ke semua negara akam lawati,” katanya ketika melakukan gimik perlepasan di Wisma Sri Pahang, semalam.

Zakaria yang juga Timbalan Setiausaha Kerajaan negeri Pahang sempat berkongsikan pengalaman mengembara ke 56 buah negara dan tips pengembaraan buat peserta.

Ujarnya apa lebih utama keselamatan diri perlu dititikberatkan ketika di negara orang selain menjaga kesihatan.

Sementara itu, Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Pahang, Mohd Asmawi Sulaiman berkata penganjuran misi Asean Hope ini bermula tengah malam tadi dari Kuantan ke Rantau Panjang.

Misi ke Thailand, Kemboja dan Vietnam pada kali ini menggunakan jalan darat dengan menggunakan bas dan kereta api dijangka berakhir pada 2 Disember ini.

“Alhamdulillah para peserta misi kemanusiaan telah selamat tiba di Rantau Panjang Kelantan, kemudian menaiki kereta api dari Sungai Golok.

“Kelainan pada kali ini peserta diuji dengan pengurusan masa dan jarak, mengenal pasti geografi dan dengan penyusunan masa,” katanya.

Menurutnya para peserta dijangka akan tiba di Kem Pengakap Vajiravudh di Chonbori dekat Thailand pada Sabtu ini.

Misi kemanusiaan berkenaan sekali gus menguji ketahanan mental dan fizikal selain dalam usaha menyalurkan sumbangan yang diamanakan.

Selain itu para peserta perlu membantu melakukan pelbagai aktiviti bersama masyarakat dengan mengenalpasti keperluan setempat menggunakan dana yang dikumpul.

Asean Hope mula dianjurkan pada tahun 2017 hingga kini kecuali pada tahun 2020 dan 2021 susulan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast