INSTANBUL- Australia memperkenalkan satu draf undang-undang yang akan menyekat kanak-kanak bawah 16 tahun daripada mengakses media sosial.
Menteri Komunikasi, Michelle Rowland berkata, draf undang-undang itu bermatlamat untuk mengatasi isu media sosial yang tidak baik kepada kanak-kanak.
Tambahnya, statistik menunjukkan, dua pertiga daripada remaja berusia 14-17 berdepan dengan kandungan tidak baik di dalam talian.
“Memastikan rakyat Australia selamat daripada kandungan dalam talian adalah keutamaan paling penting bagi kerajaan Perdana Menteri Anthony Albanese,” katanya sambil menegaskan terdapat kandungan merbahaya seperti mempromosikan dadah dan mencederakan diri sendiri.
Undang-undang baharu itu akan dilaksanakan terhadap platform media sosial utama termasuk Facebook, Instagram, TikTok dan Snapchat.
Syarikat-syarikat media sosial diberi tempoh setahun untuk melaksanakan sistem pengesahan usia.
Pemilik X, Elon Musk yang menyertai debat tersebut berkata: “Ia dilihat seperti jalan belakang untuk mengawal akses Internet kepada semua rakyat Australia.”
Undang-undang baharu itu juga mencadangkan denda sehingga AU$50 juta (RM145.86 juta) sekiranya platform-platform media sosial gagal mematuhinya. -Agensi