Teik Quan mengaku tidak bersalah atas tuduhan hidup dengan hasil persundalan dua wanita Thailand di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang hari ini.

GEORGE TOWN – Seorang penjaga inap desa didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas kesalahan hidup atas hasil persundalan dua wanita Thailand.

Tertuduh, Alex Low Teik Quan, 30, membuat pengakuan tidak bersalah selepas dua pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Irwan Suainbon.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didapati hidup sepenuhnya atau sebahagiannya daripada hasil persundalan dua wanita warga Thailand yang masing-masing berusia 38 tahun.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Taman Jelutong dalam daerah Timur Laut di sini, jam 5.55 petang pada 16 November lalu.

Bagi kesalahan dua pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 372A Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 15 tahun serta sebatan dan denda.

Ketika prosiding Timbalan Pendakwa Raya, Nurnajihatul Idayu Mohd Azuyar menawarkan jaminan RM10,000 dengan syarat tambahan  tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah serta lapor diri di balai polis.

Bagaimanapun, peguam, M.Pravin yang mewakili tertuduh mohon jaminan minima atas alasan anak guamnya tidak mempunyai pendapatan tetap serta perlu menyara ibu, isteri dan anak berusia setahun.

“Dia merupakan golongan B40 yang menerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan mohon jaminan dalam anggaran RM5,000 kerana jaminan untuk hanya memastikan kehadiran tertuduh bukan menghukum,” katanya.

Hakim kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 serta syarat tambahan menyerahkan pasport kepada mahkamah dan lapor diri di Balai Polis Pulau Tikus sebulan sekali.

Sebutan semula kes pada 19 Disember depan.

Sementara itu, Mahkamah Majistret Jenayah di di sini, menetapkan sebutan semula kes bagi  dua wanita Thailand yang menawarkan aktiviti persundalan pada 19 Disember depan bagi lantikan jurubahasa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here