KUALA LUMPUR – Enam buah premis yang beroperasi di sebuah pusat membeli-belah di Jalan Imbi, di sini diarahkan tutup serta merta kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen yang sah serta dikendalikan oleh warga asing.

Dalam masa yang sama, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) turut mengeluarkan lapan Notis Tawaran Kompaun Kesalahan terhadap premis perniagaan tersebut di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976.

“Notis dikeluarkan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976,” kata DBKL menerusi kenyataan di Facebook.

Terdahulu DBKL berkata arahan penutupan dibuat di bawah UUK Perlesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016.

Sebagai rekod, serbuan premis tersebut dilakukan oleh Jabatan Penguatkuasaan yang melaksanakan tindakan khas itu.

Menurut DBKL, pihaknya komited meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenal pasti.

“Sebarang aduan, orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat dipautan tertera seperti berikut,” tambah kenyataan itu.-MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast