KUANTAN – Pahang telah mencatatkan kejayaan luar biasa melalui penyertaan di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) di Dubai baru-baru ini dengan jumlah jualan keseluruhan sebanyak USD63.9 juta.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri awan Rosdy Wan Ismail berkata, ia hasil usaha enam peserta pameran dari negeri itu yang berjaya mengetengahkan produk halal berkualiti tinggi di peringkat antarabangsa.

“Daripada jumlah ini, USD8.7 juta merupakan hasil jualan sebenar manakala USD55.2 juta pula adalah potensi jualan yang diunjurkan.

“Prestasi ini jelas membuktikan bahawa produk halal dari Pahang mempunyai daya saing dan keupayaan untuk memenuhi permintaan pasaran global,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Acara MIHAS@Dubai telah menjadi platform strategik untuk mempromosikan produk halal Pahang yang berkualiti tinggi, inovatif dan berdaya saing.

Tambah Wan Rosdy, penyertaan itu juga mencerminkan komitmen kerajaan  negeri untuk menyokong usahawan tempatan dalam menembusi pasaran antarabangsa selaras dengan aspirasi Pahang sebagai peneraju dalam industri halal.

“Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam kejayaan ini. Syabas dan tahniah juga kepada MATRADE yang dipengerusikan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican atas kejayaan menganjurkan MIHAS@Dubai yang penuh bermakna ini,” tambahnya.

Wan Rosdy akan terus memberikan sokongan kepada usahawan tempatan agar mereka dapat memanfaatkan peluang yang lebih luas peringkat global.

Kejayaan tersebut bukan sahaja mengharumkan nama Pahang tetapi turut membuktikan potensi besar negeri ini sebagai pusat pengeluaran dan inovasi halal.

Beliau berharap agar lebih ramai pengusaha dan syarikat dari Pahang menyertai MIHAS untuk mengambil peluang menerokai industri halal di luar negara pada tahun depan. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN :

PUNB lakar kejayaan gemilang di MIHAS@Dubai 2024, tonjol kehebatan usahawan bumiputera

Matrade sasar jualan RM1 bilion melalui MIHAS@Dubai

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast