KUALA LUMPUR – Indonesia kembali memintas Malaysia selepas berjaya menewaskan Arab Saudi dalam aksi kumpulan C kelayakan Piala Dunia 2026 di Stadium Gelora Bung Karno baru-baru ini.
Sebelum ini, Harimau Malaya berjaya berada satu kedudukan di depan negara jiran itu selepas menewaskan Laos dalam aksi persahabatan manakala Indonesia tewas kepada Jepun.
Ini berdasarkan kedudukan yang dikeluarkan pada 16 November 2024, Malaysia menaiki lima anak tangga (128) selepas memperoleh +2.97 daripada kemenangan ke atas Laos, manakala Indonesia, kekal di tangga ke-129, meraih -2.93 berikutan kekalahan kepada Jepun.
Namun, kedudukan tersebut berubah selepas Indonesia mencatat kemenangan 2-0 ke atas Arab manakala Malaysia hanya mampu mencatat keputusan seri 1-1 dengan India.
Kemenangan ke atas Arab Saudi membolehkan Indonesia menduduki tempat ketiga dalam kumpulan C dan menghidupkan semula usaha mereka untuk layak ke Piala Dunia 2026.
Menerusi kemas kini terbaru yang dikeluarkan oleh FIFA, skuad Garuda menduduki tangga ke-130 manakala Malaysia menduduki tangga ke-133.
Memasuki babak kedua, Arab Saudi terus menekan Indonesia dengan corak permainan hantaran pendek tetapi jentera serangan mereka masih ketandusan idea.
Saingan kelayakan Piala Dunia 2026 akan berhenti untuk sementara waktu bagi memberi laluan kepada kejohanan Piala AFF Mitsubishi Electric 2024. – MalaysiaGazette