Bangunan Angkasapuri Kota Media di Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 26 OKTOBER 2022.

KUALA LUMPUR – Isu kelewatan bayaran perkhidmatan tenaga kreatif (Piecemeal) RTM yang tular baru-baru ini adalah isu terpencil, demikian menurut stesen televisyen kerajaan itu.

Dalam satu kenyataan RTM menjelaskan, permohonan bayaran perkhidmatan individu berkenaan tidak dapat diproses kerana tidak lengkap.

“Proses pembayaran perkhidmatan bagi semua Piecemeal di RTM kini menggunakan sepenuhnya kaedah Tatacara Perolehan WP10.9 iaitu bayaran bagi perkhidmatan akan diterima dalam tempoh 7 hingga 14 hari bekerja selepas dokumen lengkap diterima.

“Piecemeal berkenaan sebelum ini telah menghantar dokumen tuntutan yang tidak lengkap dan diminta untuk melengkapkan semula dokumen sebelum boleh diproses,” katanya.

Terdahulu, seorang wanita mendakwa mengalami tunggakan gaji ketika bekerja dengan badan penyiaran milik kerajaan, RTM.

Menerusi platform X, wanita yang dikenali sebagai Noor Ainun Jariah Noor Harun mendakwa telah dua bulan bekerja sebagai editor Bahasa Inggeris di RTM tetapi masih belum menerima gaji.

Menurutnya lagi, pihak atasan memberikan pelbagai alasan apabila dia mempersoalkan isu tersebut, termasuklah admin bercuti, admin sakit, dan admin baru. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here