Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil bercakap pada Sidang Media Mingguan Kementerian Komunikasi di Putrajaya. Foto SADIQ SANI, 08 NOVEMBER 2024

PUTRAJAYA – Jemaah Menteri ambil maklum akan keputusan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) untuk menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig yang sepatut dibentangkan Disember ini.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Ahmad Fahmi Fadzil berkata perkara itu ada dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet hari ini, namun beliau tidak mendapat dapat mengulas lanjut.

“Dalam mesyuarat jemaah menteri hari ini saya sahkan ada dibincangkan perkara ini dan memang Jemaah Menteri dimaklumkan bahawa Menteri Sumber Manusia berhasrat untuk menangguhkan dulu agar memberi ruang dan peluang lebih banyak proses libat urus dengan pelbagai pihak.

“Untuk maklumat lanjut termasuk tentang garis masa boleh berhubung dengan Yang Berhormat Steven Sim (Menteri Kesuma),” jelas Fahmi dalam sidang media di Kementerian Komunikasi, hari ini.

Semalam, platform ekonomi gig gesa kerajaan melaksanakan dialog kolaboratif sebelum penggubalan RUU Pekerja Gig.

Foodpanda, GoGet, Grab, Halo Delivery, Kiddocare dan Lalamove melalui satu kenyataan bersama menjelaskan sebagai pemegang taruh utama dalam ekonomi gig Malaysia, usaha kerajaan dalam mencadangkan RUU Pekerja Gig adalah sangat dihargai.

Walau bagaimanapun katanya, platform utama itu bimbang bahawa pemain industri mahupun pekerja gig tidak diberi ruang untuk perundingan yang mencukupi di mana draf penuh cadangan pindaan tidak dikongsi manakala proses maklum balas juga sangat terhad.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, Memorandum Jemaah Menteri (MJM) mengenai cadangan menggubal akta baharu khusus untuk pekerja gig sudah disediakan dan dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 12 Julai lalu.

Kata beliau, MJM tersebut sudah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada tarikh yang sama. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here