Katy Perry

AMERIKA SYARIKAT – Penyanyi terkenal, Katy Perry berjaya dalam rayuannya terhadap keputusan tanda dagangan melibatkan namanya.

Ini susulan kes saman seorang pereka fesyen Australia, Katie Taylor yang menjalankan perniagaan pakaian menggunakan nama ‘Katie Perry’.

Keputusan mahkamah itu diumumkan hari ini apabila tiga hakim mahkamah rayuan membatalkan keputusan mahkamah tahun lalu yang  memihak kepada pereka fesyen itu berhubung penjualan barangan cenderamata oleh Katy Perry semasa jelajahnya di Australia pada 2014.

Hakim mendapati bintang pop terkenal itu telah menggunakan namanya sebagai tanda dagangan lima tahun lebih awal berbanding Katie Taylor.

“Ketika itu, Katy Perry sudah mencapai reputasi antarabangsa dalam dunia hiburan,” katanya kepada agensi.

Selain itu, mahkamah juga membatalkan pendaftaran tanda dagangan pereka fesyen itu pada hari yang sama.

Menurut Katie Taylor, dia amat terkesan dengan keputusan kes tersebut.

Hakim dalam rayuan menyifatkan situasi tersebut sebagai ‘malang’ kerana ia melibatkan dua wanita berkerjaya yang menggunakan nama mereka sebagai tanda dagangan tanpa mengetahui kewujudan antara satu sama lain.

“Kedua-dua wanita ini telah mencurahkan usaha dan dedikasi besar untuk mengembangkan perniagaan masing-masing,” kata hakim.

Keputusan ini diputuskan ketika Katie Perry sedang bersiap sedia untuk jelajah dunia Lifetimes awal tahun 2025 bagi mempromosikan album terbaharunya, 143. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here