Malaysia menyokong penuh keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan bekas menteri pertahanannya, Yoav Gallant atas dakwaan jenayah kemanusiaan dan perang di Gaza.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sokongan itu wajar kerana ia melibatkan perlanggaran peraturan tentang kezaliman, penindasan dan pembunuhan berterusan yang jelas terbukti.