Allahyarham Napie, gitaris Kumpulan Spider Foto FB

KUALA LUMPUR- Pemain gitar kumpulan Spider, Napie atau nama sebenar, Hanafi Hamdan meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh, kira-kira jam 3 pagi tadi.

Perkara itu dikongsikan sahabatnya, pemain gitar utama kumpulan Exist, Along menerusi satu hantaran di Facebook.

“Kepada yang ingin memberi penghormatan akhir buat Saudara Nafie, boleh terus ke Masjid Cahaya Iman, Bandar Country Homes, Rawang,” katanya.

Katanya jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bandar Country Homes, Rawang selepas Solat Jumaat.

Napie yang juga jurutera bunyi di Studio Luncai Emas milik Datuk M Nasir dilapor diserang angin ahmad, 16 Julai lalu dan terpaksa menjalani pembedahan otak, 27 Julai lalu.

Pada 30 Jun 2021, Spider kehilangan bekas pemain bes mereka iaitu Tony Iskandar yang ditemukan meninggal dunia di sebuah studio rakaman di Kuala Lumpur.

Napie bersama Spider sejak awal penubuhan kumpulan rock itu di Johor Bahru, Johor pada 1996 sebelum dia bersama anggota kumpulan asal iaitu iaitu Zul, Tam, Tony dan Yem berhijrah ke Kuala Lumpur dua tahun kemudian. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here