Wan Rosdy Wan Ismail merasmikan Pahang Rail Tourism 2024 di Stesen KTMB Lipis hari ini

LIPIS – Kerajaan Negeri dengan kerjasama agensi berkaitan mempromisukan pelancongan keretapi yang lebih manpan dan mesra alam menerusi Pahang Rail Tourism 2024.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pihaknya bergandingan dengan Tourism Pahang, Tourism Malaysia, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) serta Unit Pembangunan Wilayah Ekonomi Pahang Barat Plus bagi mengembangkan potensi khazanah alam semula jadi di Pahang.

Ujarnya tarikan utama laluan ini ialah melalui jajaran hutan yang panjang dan mendapat jolokan sebagai Old Jungle Rail terletak di sepanjang Wilayah Ekonomi Pahang Barat Plus.

“Pelbagai lokasi menarik yang akan dilalui termasuklah lokasi geo tapak iaitu Taman Negara Pahang Sungai Relau, Gua Sisik Naga, Gua Tahi Bintang, Bandar Kuala Lipis, Kuala Sungai Lipis dan Taman Eko Rimba Kenong.

“Semoga usaha ini dapat menarik pelancong tempatan dan luar negara ke daerah Lipis serta usaha dalam mempromosikan Lipis Geopark serta menjadikan Negeri Pahang sebagai destinasi pilihan utama pelancong dalam mahu pun luar negara,” katanya ketika berucap hari ini.

Ujar Wan Rosdy produk pelancongan baharu yang unik dan berbeza itu menyediakan aluan kereta api di Negeri Pahang terletak di sepanjang Wilayah Ekonomi Pahang Barat Plus melalui zon pelancongan semula jadi.

Malahan produk pelancongan sedia ada dan baharu berhampiran stesen KTM boleh dibangunkan kerana memberi pulangan kepada penduduk setempat.

Tambah beliau program berkenaan juga bukan sekadar untuk menarik pelancong luar, malah memberi manfaat kepada penduduk setempat melalui peningkatan ekonomi kawasan yang terlibat.

Keunikan produk pelancongan itu katanya perlu diketengahkan untuk meningkatkan visibility produk pelancongan serta memperkasa fungsi laluan keretapi.

Justeru Wan Rosdy berharap para pelancong akan lebih memahami sejarah dan warisan negeri ini selain menikmati keindahan alam semula jadi yang menjadi kebanggaan penduduk negeri ini.

Untuk rekod, seramai kira-kira 5.9 juta pelancong dari dalam dan luar negara telah berkunjung ke Pahang dengan anggaran perbelanjaan pelancong sebanyak RM 5.3 biilion sepanjang setengah tahun pertama bermula Januari hingga Jun 2024. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast