Gambar hiasan.

KOTA BHARU – Seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua sebuah sekolah di sini ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air semasa mandi bersama dua lagi rakannya di Kampung Padang Enggang, hari ini.

Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Darulnaim Ramli Abdullah berkata bomba menerima panggilan kecemasan pada 5.15 petang tadi dan tiba di lokasi pencarian enam minit kemudian.

Beliau berkata bomba mengerahkan 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Chepa dan Kota Darulnaim, serta empat anggota Pasukan Penyelam Di Air (PPDA) bagi mengesan mangsa.

“Operasi melibatkan pasukan PPDA yang memulakan pencarian di permukaan air menemukan mangsa di dasar tali air pada 6.30 petang tadi,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Ramli berkata beliau difahamkan mangsa tergelincir kerana kawasan tebing tali air dipenuhi lumpur ekoran hujan, manakala mangsa tidak pandai berenang dan kejadian berlaku ketika hujan renyai.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here