Pelatih Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang juga suspek kes buli sehingga parah didakwa di Mahkamah Majistret Jalan Duta, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 22 November 2024.

KUALA LUMPUR –  Seorang pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) mengaku tidak salah terhadap dakwaan mencederakan rakan pelatih junior dengan memijak perut memakai ‘spike boot’ di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Sebaliknya, tertuduh, Mohd Adil Mat Awang Ghan yang kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa hanya mengangguk dan secara perlahan berkata, ‘saya tidak mengaku salah’ di hadapanMajistret Noorelynna Hanim Abd Halim.

Mengikut kertas pendakwaan, tertuduh dengan sengaja telah  mencederakan Muhammad Haziq Iqbal Ahmad Rashidi pada jam kira-kira 10.45 malam, pada 21 Oktober lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Mohd Adil yang berkemeja putih dan berseluar hitam yang dikawal ketat ketika dibawa ke mahkamah kelihatan tenang ketika prosiding pagi ini.

Hakim kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 berserta syarat tambahan tertuduh dilarang menganggu saksi dan mangsa manakala sebutan kes ditetapkan 10 Februari 2025.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Sabri Othman manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman kebangsaan (YBGK) Nurul Diyana Basher pada prosiding pagi ini.

Semalam media melaporkan pelatih tahun satu institusi berkenaan mengalami keretakan pada tulang rusuk dan tulang belakang selepas dibuli pelajar senior pada 21 Oktober lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, setakat ini, seramai 16 saksi dipanggil bagi melengkapkan siasatan berhubung kejadian. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here