GEORGE TOWN – Pemandu sebuah van sekolah cedera selepas kenderaan yang dipandunya terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Jalan Paya Terubong menghala Relau di sini, hari ini.
Difahamkan, pemandu van berkenaan dalam perjalanan bagi mengambil pelajar sekolah sebelum terbabit kemalangan.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong, Zaini Zainuddin berkata, pihaknya tiba di lokasi kejadian 5.59 pagi dan mendapati pemandu van tersepit di tempat duduknya akibat impak kemalangan itu.
“Pasukan bomba mengambil masa selama 15 minit untuk mengeluarkan pemandu van sekolah berusia 60 tahun itu menggunakan peralatan khas.
“Manakala pemandu SUV jenis Proton X70 tidak mengalami kecederaan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Tambah Zaini, mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Pulau Piinang (HPP) dengan menaiki ambulans.
“Operasi tamat pada jam 7.02 pagi,” katanya. – MalaysiaGazette