Enam 'Rakan Usahawan PUNB' yang menyertai MIHAS@Dubai 2024.

KUALA LUMPUR – Misi perdagangan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) ke Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) @ Dubai 2024 melakar kejayaan cemerlang, menjana potensi eksport dan jualan yang memberangsangkan untuk enam Rakan Usahawan PUNB yang menyertai misi tersebut.

Enam ‘Rakan Usahawan PUNB’ yang menyertai MIHAS@Dubai 2024 ialah Syarikat Jutaan Purnama, Eagle Cliffe (M) Sdn Bhd, BS Fitness Nutrition (M) Sdn Bhd, The Raw International Sdn Bhd, SPL Food Industries Sdn Bhd, dan Callabio Manufacturing Sdn Bhd, mewakili pelbagai sektor — makanan dan minuman, kosmetik dan penjagaan diri, serta kesihatan dan kesejahteraan.

Sepanjang acara tersebut, Rakan Usahawan PUNB berpeluang berinteraksi dengan bakal pelabur, pengedar, dan rakan kongsi dari seluruh Timur Tengah dan negara-negara lain.

Sorotan Misi
• Lebih 349 potensi eksport dan jualan dijana
• Sebanyak RM22,147,000 nilai jualan dan projek berpotensi berjaya diperoleh.
• 14 negara, termasuk UAE, Arab Saudi, Australia, dan Kanada menunjukkan minat untuk bekerjasama.
• Syarikat Callabio Manufacturing Sdn Bhd, menandatangani lapan Memorandum Persefahaman (MOU) dengan pelbagai syarikat bernilai RM17.7 juta.
• PUNB berjaya mengenal pasti lebih 10 syarikat berpotensi untuk memohon pembiayaan perniagaan PUNB.


Rakan Usahawan PUNIB mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka di MIHAS@Dubai, Dubai World Trade Center.

MIHAS@Dubai 2024 menjadi platform yang amat berharga untuk Rakan Usahawan PUNB mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka kepada audiens global. Acara ini membuka peluang meluaskan rangkaian, meneroka potensi kerjasama dan menjana nilai eksport serta jualan.

“MIHAS@Dubai telah membuka peluang pasaran baharu yang luas untuk usahawan kami,” kata Razlan Bachik, Pengurus Besar Bahagian Perniagaan PUNB.

“Kejayaan ini membuktikan keberkesanan program sokongan PUNB dalam menyediakan mereka untuk bersaing di peringkat antarabangsa. Petunjuk positif ini bukan sahaja akan memacu perkembangan perniagaan tetapi juga menjadi inspirasi kepada usahawan Bumiputera lain untuk meneroka pasaran global,” katanya.

Razlan berkata, PUNB telah mengenal pasti lebih daripada 10 syarikat berpotensi untuk permohonan pembiayaan baharu, yang seterusnya memperluaskan jangkauan dan kesan positif PUNB dalam komuniti perniagaan Bumiputera.

Rakan Usahawan PUNIB mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka di MIHAS@Dubai, Dubai World Trade Center.

Beliau turut menegaskan komitmen PUNB untuk terus menyokong usahawan Bumiputera dalam memperkukuh dan mengembangkan perniagaan mereka di peringkat domestik dan antarabangsa.

PUNB, katanya, akan terus menyediakan bimbingan dan sumber, termasuk bengkel dan latihan, program mentor, dan sokongan akses pasaran, bagi membantu usahawan ini mencapai potensi sepenuhnya dan menembusi pasaran baharu.

Tambahan pula, PUNB giat meneroka potensi kerjasama dengan rakan kongsi antarabangsa, termasuk organisasi perdagangan dan agensi kerajaan, untuk mempertingkatkan pembangunan syarikat penerima manfaat PUNB di luar rantau Timur Tengah, justeru membuka laluan ke arah pencapaian global yang lebih hebat,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast