Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mendapatkan nasihat daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung perintah terbaharu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang memerintahkan pasukan itu menyelesaikan siasatan kes kematian mendiang Teoh Beng Hock dalam tempoh enam bulan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata beliau optimis proses itu dapat dilaksanakan mengikut tempoh yang diperintahkan oleh mahkamah.

Katanya dalam perkara itu polis akan melihat semula kertas siasatan sedia sekiranya terdapat saksi baharu yang tampil bagi membantu siasatan.

“Memang kita ada menubuhkan, Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), kita buat siasatan seperti yang diarahkan.

“Pada masa sama, kita juga cuba mendapatkan keterangan baru sekiranya ada saksi-saksi tampil ke hadapan bagi tambah nilai siasatan tersebut.

“Siasatan itu sebelum ini telah pun pihak PDRM jalankan dan telah merujuk kepada pihak AGC,

“Buat masa sekarang kita akan dapatkan nasihat daripada AGC untuk merujuk semula kertas ini dan melihat keterangan ada untuk kita lengkapkan Insya-Allah,” katanya dalam sidang media hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Istiadat Perbarisan Tamat Latihan 1,747 Pelatih Inspektor,Sarjan Dan Kosntabel yang menamatkan Program Latihan Asa’s Kepolisan (PLAK) dari empat Pusat Latihan Polis di ibu Negara pagi tadi.

Dalam perkembangan sama, Razarudin juga menambah bahawa siasatan itu akan diketuai dan dikendalikan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zin.

https://malaysiagazette.com/2024/11/21/kematian-beng-hock-mahkamah-arah-polis-lengkapkan-siasatan-dalam-tempoh-6-bulan/

Ditanya sama ada tempoh enam bulan yang diperintahkan mahkamah mencukupi untuk polis, beliau menyatakan keyakinannya is mampu diselesaikan seperti dikehendaki mahkamah.

“Memang kita boleh capai, kita telah lengkapkan siasatan sepenuhnya, sudah 15 tahun siasatan ini berjalan.

“Kertas siasatan ini telah turun naik pejabat AGC, (tetapi) ini adalah arahan terbaharu Mahkamah Tinggi jadi kita patuh tapi perbincangan tentang keterangan yang ada dengan AGC itu sangat penting bagi kita meneruskan siasatan,”ujarnya lagi.

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melengkapkan siasatan berhubung kematian Beng Hock dalam tempoh enam bulan.

Keputusan itu menyusul selepas Mahkamah membenarkan permohonan semakan kehakiman yang dibuat oleh ibu bapa mendiang ibu bapa mendiang Beng Hock mendapatkan perintah mahkamah supaya polis melengkapkan siasatan kematian anak mereka pada tahun 2009.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here