Satu PPS dibuka di Balai Raya Gemereh 4, Batu Badak, Segamat pukul 2 petang tadi bagi menempatkan 11 mangsa banjir

SEGAMAT – Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Balai Raya Gemereh 4, Batu Badak di sini bagi menempatkan 11 mangsa banjir daripada empat keluarga di daerah ini hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD), Mohd Masni Wakiman berkata, PPS itu dibuka pada pukul 2 petang tadi apabila air melimpah ke kawasan penempatan penduduk.

Jelasnya, PPS itu dibuka berikutan Kampung Seberang Batu Badak mula terjejas.

“11 mangsa itu membabitkan enam lelaki dan tiga wanita serta dua kanak-kanak lelaki dipindahkan.

“Berlaku limpahan air di Sungai Muar Segamat. Bagaimanapun, pemantauan berterusan akan dijalankan oleh agensi berkaitan dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, penduduk di kawasan terjejas dinasihatkan akur apabila diminta oleh pihak berkuasa untuk berpindah ke PPS.

Menurutnya, situasi akan bertambah sulit apabila bekalan elektrik juga terputus.

Beliau menjangkakan keadaan air akan bertambah naik memandangkan ramalan hujan lebat berterusan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here