Gambar hiasan.

KULAI – Seorang kanak-kanak perempuan disyaki telah dicabul oleh suami kepada pengasuhnya dalam kejadian di sebuah rumah di sini tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tan Seng Lee berkata, kejadian tersebut terbongkar dan baru dilaporkan kepada pihak polis pada pukul 6.40 petang pada Rabu lalu.

“Kita menerima satu laporan polis mengenai kejadian seorang kanak-kanak tempatan berusia 12 tahun telah dicabul. Hasil siasatan awal mendapati mangsa hadir ke hospital untuk mendapatkan rawatan akibat mengalami kemurungan.

“Pertemuan dengan pegawai perubatan ketika itu, mangsa memberitahu dirinya telah dicabul oleh suspek iaitu suami kepada pengasuh yang menjaganya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan itu, katanya, pihak polis kini seadang memburu suspek berusia dalam lingkungan 50-an.

Katanya, siasatan kes dilakukan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan boleh dihukum bawah Seksyen 14 akta sama. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here