Bot nelayan kelas C yang ditahan di perairan Selangor bersama warga MYanmar tidak berdokumen sah pada Khamis oleh Maritim Selangor.IHsan Maritim Selangor

PELABUHAN KLANG – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor berjaya menahan dua bot nelayan tempatan kelas C di sekitar perairan Tanjung Sauh, dekat sini, petang Khamis lepas.

Pengarahnya, Kapten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, kedua-dua bot yang didaftarkan di Perak itu ditahan oleh aset Maritim Malaysia semasa dalam rondaan Op Ehsan, Op Murni dan Op Tiris.

“Semasa ditahan kedua-dua bot nelayan itu sedang leka melakukan aktiviti penangkapan ikan kurang 15 batu nautika dari pantai di Perairan Selangor.

Nelayan warga Myanmar yang ditahan tanpa permit kerja tangkap ikan dan dokumen pengenalan diri yang sah di perairan negara oleh Maritim Selangor. Ihsan Maritim Selangor

“Penahanan vesel pertama dilakukan pada sekitar pukul 3.35 petang di kedudukan 9.5 batu nautika dari Barat Daya Tanjung Sauh,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, pemeriksaan mendapati, vessel berkenaan dikendalikan seorang tekong bersama lima kru warga Myanmar.

Manakala, vesel kedua ditahan kira-kira pukul 5.15 petang hari yang sama pada kedudukan 10.5 batu nautika Barat Daya Tanjung Sauh.

“Bot itu dikendalikan oleh tekong serta empat kru yang juga warga Myanmar.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati, kedua-dua vesel tersebut berdaftar di negeri Perak dan kesemua mereka gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri serta permit kerja yang sah atau surat kebenaran daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia,” jelasnya lagi.

Tegas beliau, kedua-dua bot serta kesemua kru berumur dalam lingkungan 19 hingga 40 tahun yang ditahan itu dibawa ke jeti Polis Marin sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk membantu tindakan lanjut.

Nelayan warga Myanmar yang ditahan tanpa permit kerja tangkap ikan dan dokumen pengenalan diri yang sah di perairan negara oleh Maritim Selangor. Ihsan Maritim Selangor

Kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat lesen iaitu melakukan aktiviti penangkapan ikan kurang 15 batu nautika dari pantai dan di luar perairan negeri Perak tanpa permit kerja sah. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here