Polis berjaya merampas beberapa peralatan untuk memproses air ketum ketika serbuan yang dijalankan malam tadi

KUANTAN – Polis memberkas empat lelaki berusia 28 hingga 34 tahun yang dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran air ketum dalam sebuah serbuan di Tanjung Lumpur, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Kuantan Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata serbuan dan pemeriksaan dilakukan Task Force Unit Balai Polis Kuantan berdasarkan maklumat awal yang diterima.

“Polis berjaya menahan dua lelaki di hadapan rumah dan dua lagi lelaki ditahan di dalam rumah.

“Hasil siasatan mendapati dua lelaki yang ditahan di luar rumah mengaku terbabit dalam penjualan air ketum,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurutnya polis turut merampas beberapa perlatan memproses ketum ketika menggempur rumah berkenaan termasuk duit jualan air ketum milik dua orang suspek bernilai RM2,672.

Wan Mohd Zahari berkata siasatan lanjut dijalan dan kes disiasat di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast