Jambatan Pontian Besar di Pontian yang kini sudah sempit dan sering menyebabkan kesesakan akan dinaik taraf dengan kos RM49 juta pada tahun depan

PONTIAN – Jambatan Pontian Besar di sini yang sempit akan dilebarkan untuk keselesaan dan menangani kesesakan membabitkan kos RM49 juta bermula pertengahan tahun depan.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, jambatan sedia ada akan dinaik taraf daripada dua kepada empat lorong.

“Kos berkenaan turut merangkumi pengambilan balik tanah dan pengalihan utiliti air, elektrik dan komunikasi. Kepesatan pembangunan di daerah ini menyaksikan aliran trafik bertabah hingga menyebabkan kesesakan pada jalan utama terutama pada musim perayaan Aidilfitri dan Tahun Baharu Cina.

“Memandangkan laluan menuju ke bandar Pontian sudah mempunyai empat lorong namun tidak sepadan jambatan sedia ada yang hanya mempunyai dua lorong.

“Jambatan Pontian Besar dianggarkan berusia hampir 100 tahun terletak di kawasan perkampungan nelayan yang menjadi nadi utama perhubungan laluan dari Batu Pahat ke Pontian,” katanya.

Beliau ditemui selepas Program Larian KampungKu di Kampung Lubok Sipat, Benut di sini hari ini.

Sementara itu, Ahmad memberitahu, larian yang julung diadakan itu disertai hampir 300 peserta dengan mengenakan busana tradisi seperti baju kurung.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata, larian sejauh sembilan kilometer mengelingi kampung itu membawa peserta mendekati budaya dan kehidupan warga desa.

“Lima check point tersedia untuk peserta melihat permainan gasing, menikmati air kelapa, makanan tradisi dan buah nanas.

“Larian seterusnya akan berakhir di Tahfiz Pendita Madani dengan pelbagai hadiah termasuk cabutan bertuah sebuah motosikal dan basikal,” katanya.

Jelasnya beliau, program seumpama ini akan diteruskan di kampung-kampung lain di daerah Pontian bagi mengetengahkan budaya tempatan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here