KUALA LUMPUR – Polis hari ini mengesahkan laporan mengenai kes penderaan kucing oleh individu tidak dikenali dan disyaki berlaku di ibu negara.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, kes itu bagaimanapun telah dirujuk kepada Jabatan Veterinar untuk tindakan lanjut.
“Dalam aduan itu pengadu mendakwa pada sekitar 5.26 petang Sabtu semasa berada di Scott Garden Soho dia telah melihat satu video dari aplikasi Xiaohongshu.com menunjukkan individu tidak dikenali telah melakukan penderaan seekor kucing dengan cara menarik tali yang diikat pada leher kucing tersebut.
“Di dalam video tersebut terdapat alamat yang tertera di ruang komen beralamat Blok A, Tingkat 23, Scott Garden Soho, 289, Old Klang Road sebelum pengadu datang buat laporan untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Tambah Rusdki, laporan polis itu dan video tular aplikasi TikTok berkenaan telah dihantar kepada kepada penguat kuasa Jabatan Veterinar di ibu negara untuk tindakan selanjutnya.
“Jabatan Veterina sedang menjalankan siasatan mengenai kes tular itu di bawah Seksyen 29 Akta Kebajikan Haiwan 2015,” ujar beliau. – MalaysiaGazette