Ruben Amorim. Foto Sky Sports.

LONDON – Ketua jurulatih Manchester United, Ruben Amorim secara terbuka memberi pandangan jujur ​​berhubung keadaan semasa skuadnya selepas seminggu menjalani latihan.

Beliau terpaksa mengakui skuad yang dimiliki ketika ini perlu berkerja keras dan diperbaiki sekiranya mahu menjadi pencabar kejuaraan yang serius di Liga Perdana Inggeris (EPL).

Amorim, 39, turut membuat kesimpulan skuadnya sekarang tidak cukup bagus untuk bersaing di kedudukan teratas liga.

Pada masa sama, beliau mendedahkan terdapat dua aspek yang perlu ditambah baik segera oleh United.

“Kami mempunyai banyak ruang untuk diperbaiki dan kami perlu meningkatkan banyak bahagian dalam pasukan kami serta membuat perubahan pada pertengahan musim di mana kami harus mengubah gaya permainan kami namun

Saya tidak tahu berapa lama proses itu akan mengambil masa namun perubahan akan berlaku tetapi satu perkara yang saya tahu ialah kami perlu menang bersama Manchester United,” katanya pada sidang media semalam.

Awal bulan ini, jurulatih dari Portugal itu dilantik sebagai Ketua Jurulatih Manchester United dengan kontrak sehingga Jun 2027.

United memecat pengurus dari Belanda, Erik ten Hag yang dilantik pada April 2022 biarpun membawa United meraih dua trofi domestik iaitu Piala Liga pada 2023 dan Piala FA pada 2024.

Amorim yang sebelum ini Ketua Jurulatih Sporting Lisbon pernah menjalani latihan selama seminggu di Manchester United semasa era Jose Mourinho antara 2016 dan 2018, memenangi dua gelaran liga Portugal bersama Sporting Lisbon pada musim 2020-2021 dan 2023-2024, selepas setahun bersama Braga, satu lagi kelab Portugal. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here