Usaha mencari nelayan yang dikhuatiri hilang selepas terjatuh di Pulau Ketam, Khamis lalu berakhir apabila mayatnya ditemukan pada Jumaat.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, mayat mangsa ditemukan di kedudukan 8.1 batu nautika barat daya Pulau Ketam pada jam 10.45 pagi.