Mohammad Adam (kiri) menyerahkan hadiah cabutan bertuah kepada pelanggan dalam satu majlis diadakan di Petaling Jaya baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Nuh Travel and Tours (Nuh Travel) menyasarkan pendapatan syarikatnya mencecah kepada RM25 juta pada akhir tahun ini.

Ketua pegawai operasinya, Mohammad Adam Jalalel Din berkata, sehingga kini, hasil yang diperoleh adalah sebanyak RM16 juta dan sasaran itu mampu dicapai pada bulan depan disokong oleh perancangan syarikat membuka cawangan baharu di luar Lembah Klang.

Berbanding pencapaian tahun lalu, syarikat telah berjaya menjana hasil sebanyak RM23 juta.

“Nuh Travel mengunjurkan pendapatan bagi tahun depan bertambah kepada RM50 juta, dipacu oleh pelbagai faktor positif melibatkan tawaran pakej pelancongan baharu ke beberapa destinasi pelancongan popular di luar negara dan juga ziarah umrah yang ditawarkan kepada pelanggan.

“Jumlah itu mampu dicapai melalui anggaran syarikat untuk memperoleh seramai 4,500 pelanggan mendaftar pakej pelancongan dan 1,500 pe­langgan mendaftar untuk pakej umrah ziarah pada tahun depan,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Mohammad Adam berkata, bagi menghargai pelanggan, Nuh Travel telah mengadakan majlis cabutan bertuah kali kedua yang menawarkan hadiah bernilai kira-kira RM15,000.

Kata beliau, cabutan itu layak kepada pe­langgan yang membuat tempahan pakej pelancongan dan umrah di antara bulan Jun hingga Oktober lalu yang melibatkan seramai 1,000 pelanggan.

“Melihat kepada pertambahan pelanggan dan peningkatan keyakinan pelanggan terhadap Nuh Travel, syarikat bakal menganjurkan cabutan bertuah terbaharu pada tahun depan.

“Ia layak untuk pelanggan yang membuat tempahan pakej sepanjang bulan November tahun ini hingga April 2025 di majlis cabutan bertuah ketiga akan diadakan pada bulan Mei tahun depan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here